youtube

.

Sekapur Sirih


Assalamualaikum.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah terlibat atau berminat untuk melibatkan diri dalam Internet Marketing. Bagi yang telah lama melibatkan didalam bidang ini, saya amat menghargai sekiranya dapat memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar kepada yang lain mahupun diri saya sendiri kerana Ilmu Yang Dipergunakan Orang Untuk Kebaikan ada merupakan sedekah amal jariah. Yang penting berterus terang - sekiranya memerlukan bayaran untuk ilmu itu, nyatakan kerana tiada salahnya. Itu memang sebahagian daripada tujuan asal Internet Marketing ini iaitu untuk mencipta satu cabang pendapatan melalui Internet Marketing. Sekiranya ilmu itu diberikan percuma melalui laman ini, alhamdulillah - imbuhannya tetap ada. Bukan sahaja didunia ini, malah lebih daripada itu.

Anyway, sebelum saya tersimpang lebih jauh, tujuan saya disini bukannya nak berceramah agama tetapi untuk berkongsi pengalaman serta pengetahuan berkenaan Internet Marketing dengan rakan-rakan yang berbahasa melayu. Laman ini saya cipta hanya sebagai PUSAT kepada laman-laman lain dan segala komen dan pendapat berkaitan Internet Marketing dapat ditumpukan / disalurkan ke laman ini, bertujuan memudahkan pengaliran maklumat serta sebarang pertanyaan.

Link Partners

#1 Free Link Exchange Directory On The Web - Link Market
Have you ever tried to exchange links, swap links, or trade links? Was it hard? Use link market instead; - it is easy to use, free and very smart. It will save you hours of work.

Internet Marketing Online Services @antroar
Internet marketing services including online marketing, seo, ppc services, search engine marketing plus online advertising. Antroar internet marketing online services located in melbourne australia. Featuring a free optimization report service.

Spanish Pay Per Click Search Engine Marketing
Professional pay per click tips from a yahoo search marketing ambassador and google adwords professional. Effective marketing advice you won't find any where else.

Flash Template
Take a journey through our land of pre-made flash websites.

Saturday, December 15, 2007

Kenapa Internet Marketing & Apa Kelebihannya? (Why Not?)

Kenapa Internet Marketing?

Dengan kemunculan era perdagangan globalisasi, penambahan Pelaburan Terus Asing (FDI - Foreign Direct Investment) dan perniagaan merentasi sempadan, banyak perniagaan kecil tertekan dalam usaha mencari kaedah innovasi untuk memasarkan produk dan servis mereka. Tambahan lagi mereka beroperasi dengan bajet pemasaran yang kecil (marketing budgets).

Dalam usaha membina alternatif pemasaran yang murah (cheap marketing), syarikat kecil ini terus menggunakan sistem konvesional seperti akhbar, majalah, radio dan iklan television, tidak menyedari kelebihan promosi melalui Internet Marketing. Kebanyaksan usahawan ini fokus kepada kekurangan Internet Marketing dan gagal mengambil kesempatan peluang yang disediakan. Kesibukkan mereka dengan sistem konvensional disebabkan prasangka negatif bahawa Internet Marketing memerlukan dan menelan kos yang tinggi.

Kepada mereka pemasaran ('marketing') dan promosi barangan mereka melalui internet memerlukan tugas yang sukar dan kurang berkeyakinan. Namun, dengan maklumat yang lengkap, syarikat kecil ini mampu mencapai kelebihan daripada Internet Marketing dan mengurangkan masalah yang akan dihadapi. Dengan strategi 'marketing' yang berkesan, pulangan pelaburan yang tinggi mampu dicapai.


Kelebihan Internet Marketing

Kos Efektif dan Strategi Yang Tegar

Internet merupakan super-koridor maklumat ('information superhighway') kepada pelanggan awam. Ramai dari mereka memilih transaksi mudah melalu internet. Sehubungan itu internet telah menjadi media jualan yang amat kuat dan berkesan. Promosi internet menawarkan sistem rangkaian pengedaran produk dan servis yang begitu kos efektif. Contohnya penggunaan 'portal' membantu penciptaan baru sistem logistik dan saluran pemasaran ('marketing'), memberi akses mudah dan cepat kepada pelanggan. Berbanding sistem konvensional, Internet Marketing lebih murah daripada mencetak 'brochures', iklan tv dan radio mahupun mengurus khidmat pusat panggilan ('call center').

Penembusan Pasaran ('Market Penetration')

Dengan puluhan ataupun ratusan juta pelayar internet mencari produk dan servis setiap hari, perniagaan kecil mampu menembusi pasaran luar dengan kos yang amat kecil berbanding sistem konvensional. Laman web menjadi pejabat jualan 'virtual' dan mampu beroperasi 24 jam setiap hari. Promosi melalui Internet Marketing boleh menonjolkan penampilan perniagaan dan mencipta lebih banyak peluang perniagaan dengan kos yang rendah. Tidak ada sistem lain melainkan melalui Internet Marketing yang berupaya membuka pasaran kepada ratusan juta pelanggan walaupun pada permulaan perniagaan. Dengan Internet Marketing, perniagaan yang baru mampu menempah kejayaan dengan secepat mungkin.

Kos Murah dan Komunikasi Secara Langsung

'Email' menjadikan komunikasi perniagaan beroperasi secara langsung, sama ada pelanggan atau rakan niaga berada diseberang jalan ataupun di seberang dunia. Ini memudahkan pelanggan mengekalkan komunikasi dan memudahkan belian berulang. Strategi yang berkesan berupaya menukar perniagaan kecil menjadi kompetitif dan menjana keuntungan dengan kos operasi yang rendah.

Kandungan Berkekalan

Promosi internet memberi kelebihan dari aspek berkekalan. Penglibatan jualan melalui 'trade fair' berkurangan selepas tamat, promosi jualan melalui iklan majalah berkurangan selepas terbitan baru, tetapi promosi melalui Internet Marketing adalah bersifat kekal. Selain daripada tarikh dan kadangkala harga, sebahagian besar laman web adalah kekal bertahun-tahun.

Statistik Terkini sebagai Ukuran Kejayaan Promosi

Antara kelebihan ketara promosi Internet Marketing ini ialah kejayaan dapat diukur dengan mudah, tepat dan cepat. Pelbagai aplikasi boleh digunakan di internet untuk memberikan statistik terkini samada statistik pelayar unik, pelawat/pelanggan berulang, klik iklan-iklan di internet dan lain-lain lagi dalam usaha menentukan keberkesanan promosi. Ini memberi kelebihan kepada pihak terbabit membuat perubahan bersesuaian dalam merangka strategi pemasaran.

Penjimatan Masa

Antara faktor kelebihan promosi Internet Marketing juga ialah penjimatan masa dari segi rujukan kegunaan dan kelebihan produk, maklumat servis danpengurusan jualan. Pelayar internet boleh melayari pertanyan lazim ('FAQ' - "frequently asked questions") untuk mengatasi kemusykilan dan membeli secara 'online', tanpa melibatkan pekerja. Ini menjimatkan masa dan kos. Sama ada 10 orang atau sejuta pelawat laman web, penambahan kos amat sedikit sementara penjimatan dicapai amat besar.

Namun, seperti lain-lain pendekatan perniagaan, promosi Internet Marketing bukanlah wujud tanpa risiko dan kelemahan. Topik ini akan saya kembangan dalam masa terdekat.

Salam hormat,
JUSTME

P.s - Segala pandangan serta makluman untuk semua laman lain yang ada, sila tumpukan dilaman ini - memudahkan rujukan.

Link To JUSTME

* Sekiranya mahukan LINK ke laman ini, salin semua Kod HTML dan letakkan di laman web anda. Mahu bertukar link - hubungi JustMe